Tuesday 20 November 2012

Lama MJ tak update blog. Maklumla banyak sangat mengandam pengantin musim-musim hujan ni. Iyalah kan ke sekarang musim mengawan . . . ahaakzz.

Cuma dua tiga hari ni MJ marahla sikit pasal PAS yang tak mahu terima Anwar Ibrahim jadi perdana menteri. Mana boleh orang tua kolot Hadi Awang tu jadi PM. Apanak jadi pada plurisme agama, kebebasan beragama, kebebasan orang Melayu nak menganut Kristian, Buddha atau Hindu seperti yang diperjuangkan oleh anak abang Nuar si Nurul Izzah.

Yang paling penting ialah kebebasan seksual dan pengiktirafan transgender. MJ hentak-hentak kaki menentang perlantikan orang lain selain abang Nuar untuk jadi PM. Ahaakzz.

Monday 5 November 2012

KEYAKINAN YANG MEMBANGGAKAN

Ahakzzz . . . seronoknya MJ baca tulisan YB Nurul Izzah dalam Sinar Harian yang begitu yakin Pakatan akan menawan Putrajaya dalam PRU13 nanti.

MJ percaya jika Pakatan menang dasar liberalisasi seperti yang dijanjikan dalam buku jingga akan dilaksanakan.  Takpayahlah nak cerita pasal turun harga kereta atau harga minyak

Kita nak cakap soal liberalisasi agama seperti membenarkan orang Melayu menganut agama lain selain dari Islam seperti yang dijanjikan oleh YB Nurul Izzah ketika bercakap pada forum Negara Islam : Versi Mana anjuran badan pemikir Kristian Oriental Hearts and Mind Study Institute.

Pandangan YB Nurul Izzah ini juga  disokong oleh pemimpin PAS YB Khalid Samad. Ertinya PAS juga tidak ada masalah dalam kebesan orang Melayu untuk murtad.

Awwww MJ setujulah sebabnya jika kebebasan seperti ini diberikan pastinya ada peluang orang sejenis dengan MJ diberikan kebebasan memilih jantina. Dulu pun abang Anwar Ibrahim dan pernah kata undang-undang tentang homoseksual di negara ini ketinggalan zaman.

Ahakzzz tak sabar rasanya nak tunggu PRU13 sebab lepas Pakatan menang bebaslah MJ dan rakan-rakan untuk bergiat secara terbuka tanpa sekatan. MJ tabik pada abang Nuar yang faham hati naluri kaum sejenis.

BEBASKAN RAKYAT MALAYSIA

Ahakzzz syioknya.

MJ seronok dengar pandangan YB Nurul Izah anak abang Anwar Ibrahim. YB muda ni sebijak papanya. Kelmarin dia buat kenyataan supaya orang Melayu dibenarkan memilih agama. Ertinya orang Melayu tak semestinya beragama Islam.

Jika Pakatan memerintah, orang Melayu boleh jadi Kristian, Hindu atau pun Buddha. Malah orang Melayu boleh menganut ugama Yahudi.

Inilah antara langkah-langkah liberalisasi yang diperjuangkan oleh abang Nuar. Dan ini hanya permulaan kerana MJ tak akan terkejut jika Pakatan memerintah golongan sejenis MJ akan diiktirafkan.

Ahakzz . . . jika Pakatan memerintah bolehlah MJ menikah dengan boyfriend MJ dan kami takkan lagi digelar kaki seks luar tabiee. MJ sokong abang Nuar . . . ahaaaaakzz

Saturday 3 November 2012

PAKATAN DEMI RAKYAT

Ahaaakz . . . Fuyoooo

Tegak bulu roma MJ bila tengok kempen terbaru Pakatan Rakyat gambar abang Anwar Ibrahim dengan basikal tua dinaiki dua kanak-kanak. Betul-betul mencerminkan pemimpin rakyat yang perihatin.

Pemimpin mesti bersusah dengan rakyat supaya faham kehidupan rakyat di bawah.

Tapi, ehem jam yang ditangan abang Nuar tu beli kat maner? Gaya macam jam jenama mahal. Agaknya itulah jam Omega yang difitnah oleh blogger BN tertinggal dalam bilik china doll tu. Baguslah abang Nuar bila keluar gambar abang Nuar pakai jam tu terjawablah soalan tentang jam tu.

Tapi kalau abang Nuar pakai jam Casio lagi bagus. Barulah pemimpin rakyat.

Cuma nak tanya macamana  nak spin pasal jet mewah tu? Abang Rafizi Ramli boleh jawab kot sebab dalam poster naik basikal tua, tapi orang kata sebenarnya ke hulu ke hilir naik jet mewah persendirian ataupun bas eksekutif. Susah jugak MJ nak tolong jawab.

Tapi yang paling pening nak jawab ada kaum sejenis MJ tanya adakah abang Nuar dah tukar selera pada kanak-kanak pulak?

Ahaaakz sebab gambar tu semacam jer gunakan budak-budak. Eeeeiiiii notty la abang Nuar ni geraaaaaaaam MJ.

Friday 2 November 2012

BENDERA SIAPA

Ahakzzzz  . . . Pagi tadi Miss Jambu pergi pasar tani bawak mak beli barang basah. Lepas itu singgah kedai kopi minum pagi. Sambil mak berleter dengan MissJambu sebab pagi ini tak solat subuh (ala datang bulan ahaakz), adalah orang-orang sembang pasal bendera.

Ala cerita lama nak tukar bendera tu. Kalau tak salah MJ, yang nak tukar bendera ni orang-orang parti Abang Nuar. Sebenarnya MJ setuju sangatlah tukar bendera ni. Maklumlah kita kena ada bendera yang "hot" ikut trend.

Tapi tak mahulah warna merah-putih tu sebab nanti abang-abang Indon yang kerja buat rumah kedai belakang rumah MJ ni kata kita tiru dia orang. Buatlah bendera yang colorful sikit ada corak-corak sikit.

Kalau boleh biar ada warna pink. Ahaakz, abang Anwar Ibrahim tentu setuju. Janganlah asyik-asyik warna merah, putih, kuning dan warna-warna yang selalu pakai dalam demonstrasi kat Jalan Tunku Abdul Rahman tu. Boringlaaaaa ...

Kalau ada warna pink dan purple barulah up-to-date ikut peredaran semasa. Kalau ini bendera yang dicadangkan oleh parti Abang Nuar, pasti kaum-kaum MJ keluar mengundi dan beri sokongan tidak berbelah bagi.

Lepas tu baru la boleh gubal undang-undang baru, terima kaum-kaum macam MJ ni, kan?

Ahaakz tak sabar rasanya nak bertentang mata dengan abang Rafizi Ramli ni . . .

DEDAH LAH LAGI

Ahakzzzz  . . .

Teruja Miss Jambu membaca pendedahan terbaru hero idaman Malaya Rafizi Ramli. maklumlah bukan sahaja abang Rafizi ini jambu, tapi dia ni bijak teramat sangat. Patutla abang Anwar Ibrahim sayang dan rapat dengan dia.

Menurut sumber-sumber sejenis dengan Miss Jambu abang Nuar sekarang lebih tumpukan perhatian kepada Rafizi lebih dari abang Azmin Ali sueorang lagi lelaki comel yang pernah bertakhta di jiwa Miss Jambu . . . awwww mak relaaaaa Nyaaah. Ermmmm geram.

Berbalik kepada abang Rafizi ni, satu lagi pendedahan dibuatnya lagi. Dulu dia dedahkan cerita lembu belaan auntie Shahrizat. Ehem, kali ini dia dedahkan pulak hubungan anak Nazri Aziz yang pakai Hummer milik taukeh Cina.

Pendedahan ini bersumberkan rakaman video.

Yang Miss Jambu pelek kenapa gunakan rakaman video. Maklumlah dulu Hadi Awang kata  kata rakaman video tak boleh pakai sebab video ni besi. Takkanlah abang Rafizi takda bukti lain. Dulu orang blogger BN dedahkan rakaman abang Nuar melantak china doll. Eeei cemburu Miss Jambu tengok pelantak abang Nuar . . . geraaaaam campur syiok eeeeiiii!

Tapi Hadi Awang kata tak sahih bukti tu sebab video. Jadi bukti yang abang Rafizi ini, kalau menurut fatwa Hadi kena tolaklah jugak.

Bila dah cerita soal kenderaan mewah teringatlah pulak cerita jet mewah abang Nuar. Kenapa agaknya abang Rafizi tak soal siasat dari mana datang punca kewangan penggunaan jet itu. Bukan murah nak sewa jet. Kalau boleh abang Rafizi ceritalah puncanya. Sebabnya syiok jugak dapat buat parti liar dalam jet persendirian ini. Ahaaakzzz . . . Tapi tak maulah bawa china doll abang Nuar kita sama kita jerlaaaa ahakzz

Thursday 1 November 2012

Ahakzzz, miss jambu suka dapat buat blog. Lama dah bercita-cita nak buat blog tapi tak kesampaian. Maklumla banyak sangat kerja.

Tapi Miss Jambu rasa perlu ada blog untuk kaum-kaum Miss Jambu. Tau-taula yang transgender macam Miss Jambu ni perlukan pembelaan jugak. Ahakzzzz